Reminder: Blog ini berisi iklan pihak ke 3, yang tidak terkait dengan konten

10 Jenis Rumah Manusia yang Disukai Jin Syetan untuk Tinggal

Hati2 ya? Bisa jadi rumah anda dijadikan sarang bagi syetan. Kalau rumah sudah menjadi sarang syetan maka mereka akan menebarkan energy negatif yang bisa mengganggu keharmonisan rumah tangga anda. Yuk simak 10 jenis rumah manusia yang disukai jin syetan untuk tingga.


10 Jenis Rumah Manusia yang Disukai Jin Syetan untuk Tinggal

Rumah manusia bisa saja menjadi sarang jin, dan mereka tinggal disana sampai anak cucu anda. Ngeri khan?

Makanya hindari segala sesuatu yang bisa mengundang mereka untuk datang. Apa sajakah yang bisa mengundang jin sehingga mereka menyukai tempat tinggal anda?

Yuk simak 10 jenis rumah yang disukai jin dan mereka tinggal disana sampai beranak pinak. Sumber dari grup channel pengobatan islam yang saya ikuti.

Check it dot

AAAAAAA


------------------------

 Antara rumah-rumah yang jin syaitan suka untuk didiami seperti berikut:

1. Rumah yang didirikan diatas kawasan yang ada mata air

Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur

Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Jin suka berkumpul di kawasan perkuburan sama ada tempat itu pernah menjadi kawasan dimana terdapat orang mati seperti orang mati dibunuh di situ, orang mati ditanam di situ, mayat orang dibuang di situ atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia di situ.

3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin

Ini termasuk pembuangan oleh bomoh ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang disampuk jin atau upacara membuang saka. Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada awalnya tidak ada kejadian-kejadian yang pelik, tetapi lama-kelamaan mereka akan menggangu kita. 

Lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, selawat dan sebagainya.

4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir, objek sihir atau tangkal azimat

Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Benda seperti ini selalunya menggunakan jin-jin untuk melaksanakan ilmu sihir yang dituntut.

5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakakan atau dikenali sebagai saka

Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.

6. Rumah yang didalamnya berlaku amalan syirik

Penghuni rumah yang syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung pujaan, gambar-gambar pujaan, memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu” boleh menarik perhatian jin untuk tinggal di situ

7. Rumah yang dibina di atas tapak yang menjadi tempat laluan jin

Ia adalah rumah yang dinaikkan di kawasan keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya. Ini ialah kerana ramai manusia yang berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau laluan bagi pergerakan aktiviti mereka.

8. Rumah yang telah disihir

Iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir.

9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir

Seperti ilmu guna-guna, ilmu pengasih, ilmu pembenci, ilmu pemanis, ilmu awet cantik, ilmu pelaris, susuk dan lain-lain.

10. Rumah yang dimasuki oleh jin liar dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah.

Ianya selalu terjadi kepada seseorang yang pergi ke suatu tempat dan kemudian jin itu mengikutnya pulang tanpa dia sedari. Ia mungkin kerana orang itu tak ada apa-apa sebagai 'pelindung' atau 'perisai' dari makhluk asing.


Panduan doa untuk melindungi diri anda dari gangguan jin

Anda boleh mengamalkan doa-doa tersebut sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus:

a) Membaca: أَعُوْذُ بِا للهِ مِنَ الشَّيْطَا نِ الرَّجِيْم

(Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam).

b) Membaca : اَللّهُمَّ إنِّي أعُوْذُبِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيطِيْنِ وَ أعُوْذُبِكَ رَبِّيْ عَنْ يَحْضُرُوْن

(Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung denganMu ya Robbi, daripada kehadiran mereka).

Amalkan sebelum mendirikan solat atau mengerjakan sesuatu ibadah.

c) Membaca ; أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Mu yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang telah Dia cipta).

Sebagai perisai pertahanan diri daripada gangguan makhluk-makhluk jahat

Untuk lebih mudah, anda juga boleh lakukan tiga amalan di bawah yang sedikit sebanyak dapat bertindak sebagai pelindung

a) Membaca Bismallah (11 kali atau seelok-eloknya 21 kali).

b) Membaca Fatihah dan 3 Qul.

c) Membaca ayat Kursi.

Mengapa sebagai seorang Islam, kita wajib percaya kewujudan jin dan makhluk-makhluk ghaib lain?

Ianya kerana telah tertulis dalam Al-Quran.

Firman Allah S.W.T: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”. (Surah al-Zariyat: 56)

Begitu juga di dalam Firman Allah S.W.T: “Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu, amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim; pengganti yang mereka pilih itu”. (Surah al-Kahfi: 50)

Dan Firman Allah S.W.T: “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka, aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”. (Surah al-A‘raf: 27)

Credit Penulis: Najehah Malek

Wallaahu A'lam

-----------------------------

AAAAAAAAAA


Info RUQYAH SYari

Ruqyah Bekasi Rehab Hati Medan Satria

Ketua: Ust. Abu Rasyid https://wa.me/6281213295289

Divisi Ruqyah Ust. Nahrowi https://wa.me/62895387716000


Ruqyah Cikarang Khusus Sihir

Oleh Ust. Bramantyo, pengamalan meruqyah pasien khususnya gangguan sihir. WA: 0859-5967-0258 https://wa.me/6285959670258

Ruqyah Syari Oleh Peruqyah Senior Jawa Barat Tasik

Oleh Abah Roqi, peruqyah syariyah senior dengan pengalaman puluhan tahun dan sudah menangani ribuan kasus gangguan jin. Kontak Abah Roqi: https://wa.me/6285223187430


Ruqyah daerah Riau Pekanbaru

Oleh praktisi ruqyah yang berpengalaman mengislamkan bangsa jin. Hubungi K-Kank. Kontak peruqyah: https://wa.me/6282392674502


Download Aplikasi Go Ruqyah

Silahkan download apps di playstore untuk mencari peruqyah syari dibawah naungan ARSY.

Download klik: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.arsyi.goruqyah&hl=en&gl=US

Wallaahu A'lam

Tag: ruqyah, ruqyah syar'iyyah, ruqyah aswaja, gangguan jin, sihir, penyakit ain, kisah ruqyah, herbal, pengobatan islam, thibbun nabawi, terapi bekam, sihir tafriq, sihir khumul, sihir maridh, sihir penghancur usaha, sihir penghalang jodoh, sihir perceraian, sihir gila, sihir pembunuh, jin nasab, jin pecinta, jin khodam

Referensi sumber:

Grup wa dan FB ruqyah
https://www.facebook.com/a

Demikian artikel 10 jenis rumah manusia yang disukai jin syetan untuk tinggal dari beberapa sumber. Semoga bermanfaat. Share ya?

Sukses



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Kitab Penghancur Sihir Panduan Menghancurkan SIhir Santet Sampai Tuntas

Assalamualaikum wrwb. Perkenalkan saya Pendekar Langit dengan bangga mempersembahkan buku panduan dengan judul "Kitab Penghancur Sihir&...